Bengkel MIV Bersama Komuniti 2020

6 September 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 5 September 2020, Semua Sukarelawan Malaysia ICT atau lebih dikenali sebagai MIV Maxis telah menghadiri bengkel dan taklimat secara atas talian menggunakan aplikasi Microsoft Team yang bertajuk ‘Bengkel MIV Bersama Komuniti 2020’. Taklimat ini bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan penerangan kepada sukarelawan MIV mengenai program serta kempen yang sekian lama di promosikan oleh MCMC seperti Klik Dengan Bijak (KDB) dan Sukarelawan Malaysia ICT (MIV) itu sendiri.

Taklimat kali ini diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi Microsoft Team yang dihostkan oleh En. Tahir Musa yang merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Penglibatan Komuniti, MCMC. Namun begitu, taklimat dimulakan dengan bacaan doa. Peserta MIV pada awalnya diberi pengenalan dan pembuka kata oleh En. Tahir Musa serta tujuan taklimat ini diadakan serta aktiviti yang akan dilakukan sepanjang taklimat berlangsung. Setelah habis pengenalan taklimat, peserta seterusnya di beri penerangan mengenai MIV oleh Puan Hashimah Hashim yang merupakan Ketua Jabatan Penglibatan Komuniti MCMC. Beliau telah memberi penerangan mengenai apa itu MIV, logo MIV, misi dan visi MIV, perangan MIV, kumpulan focus MIV, pencapaian dan galeri MIV. Taklimat kemudiannya diteruskan dengan ceramah dan penerangan berkenaan kempen yang telah lama disarankan oleh MCMC iaitu kempen Klik Dengan Bijak (KDB) dan penceramahnya adalah En. Tahir Musa. Beliau telah menjelaskan secara terperinci definisi penuh KDB serta objektif yang ingin dicapai daripada kempen ini. Beliau menerangkan dan menayangkan video satu persatu agenda KDB seperti risiko dalam talian, ‘oversharing’, maklumat palsu, penipuan kewangan, keselamatan komputer, hak, tanggungjawab dan perlindungan serta kawalselia kendiri. Taklimat terakhir disampaikan oleh Puan Nur Amanina Che Azemi yang merupakan Timbalan Pengarah Penglibatan Komuniti MCMC. Beliau menerangkan tugasan-tugasan dan aktiviti MIV bersama komuniti 2020, perincian aktiviti MIV seperti menyampaikan mesej advokasi MCMC kepada komuniti, mengajak komuniti untuk “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong”, penggunaan aplikasi saranan kerajaan seperti MySejahtera, SElangkah dan MyTrace. Beliau juga menekankan peranan MIV serta kebaikan diperolehi sepanjang menjadi MIV. Sesi soal jawab selama 15 minit sebelum taklimat tamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali